[Video] Cemas Gajah Buat ‘Roadblock’ - leklu.my

[Video] Cemas Gajah Buat ‘Roadblock’ - leklu.my

Laluan Lebuh Raya Timur Barat terutamanya berdekatan sempadan Perak dan Kelantan iaitu sekitar kawasan Gerik terkenal dengan kehadiran gajah di atas jalan raya.

Terbaharu, menerusi hantaran di laman Facebook Haiza Craft, wanita itu berkongsi satu klip video yang memaparkan kehadiran seekor gajah di laluan tersebut.

Menurut wanita itu, gajah berkenaan menghalang lalu lintas di kawasan terbabit sehingga kenderaan yang dinaikinya juga terpaksa berpatah balik.

Menerusi klip video yang dikongsi wanita itu, kelihatan gajah berkenaan hanya ingin melintas jalan dan tidak menganggu atau merosakkan kenderaan yang berada di sekitar kawasan itu.

Susulan kejadian itu, aliran trafik di kawasan itu juga dilaporkan sedikit sesak kereta kenderaan terpaksa berhenti bagi memberi laluan kepada haiwan itu untuk melintas.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tarikh dan lokasi tepat kejadian itu dirakam.

Susulan perkongsian itu rata-rata pengguna meninggalkan komen supaya orang ramai lebih berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut kerana ia merupakan laluan mamalia tersebut.

“Ini memang laluan dia sepanjang Gerik menghala ke Jeli kalau nasib baik memang akan dapat lihat gajah tepi jalan. Jadi yang tak biasa laluan ini sila berhati-hati,”tulis Mat Kudor.

“Gajah jangan hon ja, kalau terkejut naik minyak, setakat nak perlahan tengok boleh je, jangan tekan hon sahaja,”kata Maria Saad.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Ahmad Sapari.

“Dah tempat dia habis kena teroka, ke mana lagi dia nak pergi,lepak atas jalan jer lah,”ujarnya.

GAYA HIDUPVIRAL Cemas Gajah Buat ‘Roadblock’

Berkaitan

Terkini

Popular