[VIDEO] PRU 19 Nov, penamaan calon 5 Nov - leklu.my

[VIDEO] PRU 19 Nov, penamaan calon 5 Nov - leklu.my

Pilihan raya umum ke-15 (PRU) ditetapkan pada 19 Nov, dengan tarikh pengundian awal pada 15 Nov.

Pada sidang media, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh turut mengumumkan 5 Nov sebagai tarikh penamaan calon.

Parlimen dibubarkan pada 10 Okt lepas bagi membuka laluan untuk PRU15 diadakan.

PRU15 akan melibatkan pengundian bagi kerusi Parlimen di seluruh negara, dan bagi kerusi DUN di negeri-negeri yang membubarkan DUN, iaitu Perak, Pahang dan Perlis.

Turut diadakan serentak ialah pilihan raya kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah, yang kerusinya kosong setelah wakilnya, Manis Muka Mohd Darah daripada Warisan, meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang pada 17 Nov 2020.

Tempoh berkempen bagi PRU15 ditetapkan selama 14 hari, bermula pada hari penamaan calon.

Menurut Abdul Ghani, seramai 21,173,638 juta pengundi layak mengundi pada PRU kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang diwartakan.

PILIHAN RAYAPILIHAN RAYA UMUM 2022 PRU 19 Nov, penamaan calon 5 Nov

Berkaitan

Terkini

Popular