[VIDEO] Akujanji calon palsu: Setpol Shamsul Anuar lapor polis - leklu.my

[VIDEO] Akujanji calon palsu: Setpol Shamsul Anuar lapor polis - leklu.my

Setiausaha politik kepada Pengarah Komunikasi BN, Shamsul Anuar Nasarah membuat laporan polis berhubung ‘akujanji palsu’ menyokong Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, yang tular ketika ini.

Laporan dibuat di Balai Polis Dang Wangi petang tadi.

Semalam, Shamsul berkata akujanji calon PRU15 yang mengikrarkan sokongan kepada Zahid termasuk sebagai perdana menteri adalah palsu. Tangkap layar memaparkan dokumen itu menggunakan kepala surat Umno dan tertera namanya.

Setiausaha Shamsul, Azizan Md Zain, memberitahu pemberita majikannya tidak pernah menandatangani akujanji sedemikian.

Beliau percaya dokumen itu ditularkan untuk memfitnah Shamsul, Zahid, dan Barisan Nasional menjelang PRU15.

 

PILIHAN RAYAPILIHAN RAYA UMUM 2022 Akujanji calon palsu: Setpol Shamsul Anuar lapor polis

Berkaitan

Terkini

Popular