[VIDEO] Kedai kasut di The Mines terbakar - leklu.my

[VIDEO] Kedai kasut di The Mines terbakar - leklu.my

SERDANG – Sebuah kedai kasut yang berada di dalam pusat beli-belah The Mines musnah sepenuhnya dalam kebakaran, hari ini 15 Januari 2023.

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 11.39 pagi sebelum menggerakkan anggota ke lokasi.

Katanya, sebanyak 33 anggota berserta enam jentera telah dikejarkan ke lokasi kemalangan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi, BBP Bandar Tun Hussein On dan BBP Kajang bagi melakukan pemadaman api.

“Setibanya anggota di lokasi mendapati kebakaran membabitkan sebuah kedai kasut di dalam pusat beli belah terbabit yang berada di tingkat satu.

“Premis itu musnah 100 peratus dan api berjaya di kawal pada pukul 12.25 tengah hari tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, tiada mangsa yang terbabit dalam kejadian itu dan punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.

BERITANAHAS & BENCANA Kedai kasut di The Mines terbakar

Berkaitan

Terkini

Popular