[VIDEO] Warga emas rentung dalam kebakaran 6 rumah - leklu.my

[VIDEO] Warga emas rentung dalam kebakaran 6 rumah - leklu.my

Bagan Datuk: Seorang warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan enam rumah di Bagan Ikan di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi 16 Januari 2023 itu, lelaki dipercayai berumur 80-an ditemukan anggota bomba di rumah kedua.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.42 pagi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang dengan bantuan BBP Teluk Intan, Balai Bomba Sukarela (BBS) Sungai Tiang dan BBS Bagan Datuk bergegas ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan enam rumah berkeluasan keseluruhan 180 x 180 kaki persegi yang musnah terbakar 90 peratus.

 

“Mangsa yang maut ditemui dalam bilik di rumah kedua yang terbakar. Seorang lagi mangsa berumur 24 tahun mengalami kecederaan di lutut.

“Kebakaran turut memusnahkan sebuah kereta Toyota Altis dan Perodua Kancil serta sebuah motosikal,” katanya.

Menurut, operasi memadam kebakaran menggunakan sumber air laut dan operasi tamat jam 1.21 petang.

Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

BERITANAHAS & BENCANA Warga emas rentung dalam kebakaran 6 rumah

Berkaitan

Terkini

Popular