Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid - leklu.my

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid - leklu.my

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kekal mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung pemecatan dua ahli parti dan penggantungan empat yang lain dalam pembersihan total parti itu.

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata:

“Tunggulah, dalam sesi akan datang,” katanya.

Beliau terlebih dahulu ditanya mengenai jawapan terhadap keputusan pemecatan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Jumaat lalu, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi turut memutuskan beberapa pemimpin lain antaranya Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan digantung keahlian selama enam tahun.

POLITIKPembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Berkaitan

Terkini

Popular