Campak emak di hospital untuk pergi beraya - leklu.my

Campak emak di hospital untuk pergi beraya - leklu.my

Tanpa disangka, seorang anak tergamak meninggalkan ibunya di sebuah hospital untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Menerusi perkongsian seorang jururawat, Harnisah Nisa, dia mendedahkan perkara itu selepas mendengar perbualan antara waris dengan seorang doktor.

“Doktor tulis sahaja sakit apa pun. Janji dia boleh masuk wad. Mana boleh macam tu. Mak cik sihat. Cuma dah lama kena ‘stroke’ kan.

“Bolehlah doktor. Esok dah nak raya . Kami nak berjalan. Susahlah kalau bawa sekali dengan ‘wheel chair’ (kerusi roda).

VIDEO berkaitan:

“Kalau dia masuk wad, ada orang jaga. Seminggu sahaja doktor,” kongsi jururawat tersebut.

Dalam pada itu, Harnisah berpandangan bahawa tindakan tersebut adalah amat mementingkan diri sendiri.

“Sanggup minta dimasukkan ke wad semata-mata nak senang beraya. Ladang pahala di depan mata, bertukar menjadi ladang dosa.

“18 tahun menjadi seketul misi Unit Rawatan Rapi (ICU), inilah sketsa tahunan setiap kali lebaran. Selagi ada mak ayah, jaga lah sebaik mungkin,” ujarnya.

BACA juga:
Ibu bapa punca 100 remaja di Kelantan tolak vaksin
Ibu tidak pulang, mayat ditemui dalam sungai
[VIDEO] Melacurkan diri: Ibu tunggal didenda RM2,500
Dera Anak 5 Tahun: Tempoh Reman Ibu Bapa Dilanjutkan
7 Sunnah Hari Raya

GAYA HIDUPAGAMACampak emak di hospital untuk pergi beraya

Berkaitan

Terkini

Popular