Luaskan sumber hasil negara, GST perlu diperkenalkan semula - leklu.my

Luaskan sumber hasil negara, GST perlu diperkenalkan semula - leklu.my

Kerajaan perlu melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang telah dimansuhkan sebelum ini bagi meluaskan sumber hasil negara.

Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Anak Mongin berkata, Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal yang akan dibentangkan pada sesi Parlimen bulan depan juga wajar disokong bagi menambah baik pengurusan hutang.

“Untuk kemampanan fiskal dan sistem kewangan, saya amat bersetuju dengan saranan supaya memperkenalkan Akta Tanggungjawab Fiskal agar negara dapat menggalakan tadbir urus fiskal akauntibiliti dan ketelusan bagi memastikan kemampanan fiskal serta menyokong kestabilan makroekonomi.

“Saya juga ingin sekali lagi mencadangkan, demi untuk memperluaskan hasil negara, negara perlu pertimbangkan pelaksanaan GST pada kadar 3 hingga 4 peratus,” katanya dalam sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Tambah Willie lagi, selain kerajaan perlu fokus kepada pembangunan ekonomi, intergriti juga perlu ditingkatkan bagi mengelakkan sebarang penyelewengan serta salah laku.

BERITAEKONOMILuaskan sumber hasil negara, GST perlu diperkenalkan semula

Berkaitan

Terkini

Popular