Liga Europa: Liverpool bangkit sebelum menang - leklu.my

Liga Europa: Liverpool bangkit sebelum menang - leklu.my

LINZ – Liverpool bangkit daripada ketinggalan sebelum menang 3-1 kepada kelab Australia, LASK Linz pada perlawanan pembukaan Liga Europa Kumpulan E semalam.

Liverpool sebelum ini pernah layak ke perlawanan akhir Liga Eropa pada kempen 2015 dilihat selesa mendominasi perlawanan babak pertama menentang tuan rumah, LASK Linz yang bermain di peringkat kumpulan buat kali ketiga.

Tuan rumah, LASK Linz berjaya mendahului Liverpool pada minit ke-14 hasil rembatan pemain sayap, Florian Flecker yang merembat deras melepasi penjaga gol Liverpool, Caoimhin Kelleher.

Liverpool hampir-hampir menyamakan kedudukan menerusi tandukan jarak dekat oleh Darwin Nunez, namun tandukan tersebut berjaya diselamatkan oleh penjaga gol LASK Linz, Tobias Lawal.

Bersambung babak kedua, Liverpool menggandakan asakan dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi Darwin Nunez pada minit ke-56 hasil sepakan penalti selepas pemain Liverpool, Luis Diaz dijatuhkan dalam kotak penalti.

Diaz kemudiannya berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke-63 selepas menerima umpanan lintang oleh Ryan Gravenberch.

Gol ketiga Liverpool berjaya dijaringkan oleh Mohamed Salah yang masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-88 sebelum tamat perlawanan.

BERITASUKANLiga Europa: Liverpool bangkit sebelum menang

Berkaitan

Terkini

Popular