Wanita kena tikam dalam kedai dobi di Seberang Takir - leklu.my

Wanita kena tikam dalam kedai dobi di Seberang Takir - leklu.my

Polis tidak menolak kemungkinan serangan bermotifkan samun.

KUALA NERUS – Seorang wanita cedera akibat ditikam senjata tajam dipercayai gunting oleh seorang lelaki tidak dikenali di sebuah dobi layan diri di Kampung Seberang Takir di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, mangsa berusia 31 tahun cedera pada bahagian belakang badan dan siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan serangan bermotifkan samun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd. Zaki Wan Ismail berkata, sewaktu kejadian mangsa berada di dalam dobi layan diri  sebelum suspek tiba-tiba meluru masuk dan menyerangnya.

“Wanita berkenaan dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan serangan itu tular di media sosial dan berdasarkan klip video tersebut, suspek bertindak menikam belakang wanita itu lalu menyepak kepala mangsa sebelum bergegas melarikan diri.

Wan Mohd. Zaki berkata, gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 393 akta sama.

 

BERITAWanita kena tikam dalam kedai dobi di Seberang Takir

Berkaitan

Terkini

Popular