Liga Super: JDT ‘tumbangkan’ Kelantan United 2-0 - leklu.my

Liga Super: JDT ‘tumbangkan’ Kelantan United 2-0 - leklu.my

KOTA BHARU: Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa bermandi peluh sebelum menewaskan Kelantan United FC (KUFC) 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam tadi 28/9/2023.

Bermain dilaman sendiri menentang Juara Liga Super 2023, KUFC tampak bersedia terutama di barisan pertahanan apabila sering kali mematahkan serangan bertubi-tubi pasukan pelawat.

Muhammad Syahmi Safari terlebih dahulu nyaris menghasilkan gol pembukaan pada minit ke-10 buat JDT namun sekadar melepasi tiang gol KUFC.

Selang dua minit, Diogo Luis Santo gagal menterjemah gol selepas menerima umpanan cantik Muhammad Nazmi Faiz Mansor ketika gawang tuan rumah sudah terbuka luas.

Cubaan jarak jauh Fernando Martin Forestieri juga tersasar pada minit ke-25, sekali gus menyaksikan Harimau Selatan terus kempunan jaringan.

Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan selepas berakhir separuh masa pertama dan selepas memasuki babak kedua, gol yang ditunggu-tunggu JDT akhirnya tiba menerusi rembatan Forestieri pada minit ke-74.

Berbaki seminit sebelum tamat perlawanan, pemain gantian, Bergson Da Silva mengesahkan kemenangan JDT dengan rembatan kencang untuk gol kedua Harimau Selatan.

BERITASUKANLiga Super: JDT 'tumbangkan' Kelantan United 2-0

Berkaitan

Terkini

Popular