Najib disahkan positif COVID-19 - leklu.my

Najib disahkan positif COVID-19 - leklu.my

KUALA LUMPUR — Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara, dilaporkan telah dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif COVID-19, Selasa lalu.

Jurucakapnya, Muhamad Mukhlis Maghribi, memaklumkan Najib, 70, kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani kuarantin dan rawatan di hospital.

Beliau dilaporkan oleh Reuters, sebagai berkata Najib dikejarkan ke hospital dari penjara selepas mengadu demam.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen, turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.

BERITANAJIB RAZAKNajib disahkan positif COVID-19

Berkaitan

Terkini

Popular