Ini dilakukan Ketua Polis Negara bila ternampak kemalangan di depan mata - leklu.my

Ini dilakukan Ketua Polis Negara bila ternampak kemalangan di depan mata - leklu.my

KUALA LUMPUR — Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain membantu mangsa kemalangan di Lebuhraya Hubungan Timur-Barat dekat Taman Connaught di sini, hari ini.

Razarudin dalam perjalanan pulang dari latihan menembak di Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) berhenti memberikan bantuan sebaik melihat kemalangan itu.

Menerusi hantaran di laman Facebook Friends Of PDRM, Razarudin terserempak kemalangan membabitkan kereta dan motosikal.

“Tan Sri mengarahkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) datang membantu.

“Beliau turut memberi sumbangan kepada mangsa untuk rawatan di klinik berdekatan,” katanya.

Orang ramai dinasihati berhati-hati di jalan raya terutama pada waktu hujan.

BERITAIni dilakukan Ketua Polis Negara bila ternampak kemalangan di depan mata

Berkaitan

Terkini

Popular