Pemain Manchester United mohon maaf pergi berhibur selepas tewas kepada Manchester City - leklu.my

Pemain Manchester United mohon maaf pergi berhibur selepas tewas kepada Manchester City - leklu.my

MANCHESTER — Marcus Rashford dlaporkan telah memohon maaf kerana berhibur di kelab malam ujar pengendali Manchester United, Erik ten Hag.

“Saya ada bercakap dengannya (Rashford). Ia tidak boleh diterima, saya memberitahunya, dia meminta maaf dan itu sahaja. Selebihnya adalah hal dalaman.

“Dia bersemangat untuk memperbetulkan keadaan. Saya tahu dia sedang berusaha. Dia melakukan kesilapan, tetapi tidak bermakna dia tidak bersama kami,” kata Ten Hag.

Tekanan ke atas Ten Hag semakin memuncak selepas kekalahan kepada City di Old Trafford disusuli dengan penyingkiran daripada Piala Liga – hasil kekalahan 0-3 di tangan Newcastle.

BERITASUKANPemain Manchester United mohon maaf pergi berhibur selepas tewas kepada Manchester City

Berkaitan

Terkini

Popular