Grab dikecam dan bakal diboikot kerana pemilik pro Israel - leklu.my

Grab dikecam dan bakal diboikot kerana pemilik pro Israel - leklu.my

KUALA LUMPUR — Grab menyangkal sebarang dakwaan netizen bahawa jenama itu menyokong mana-mana pihak selepas Chloe Tong, isteri kepada pengasas bersama Grab memuat naik mesej simpati terhadap warga Israel.

Semalam netizen meluahkan rasa kurang senang selepas satu tangkap layar bermain di dada media sosial yang mengandungi mesej simpati Tong kepada Israel.

Disebabkan tangkap layar tersebut, warga internet di Malaysia telah mendakwa bahawa Grab menyokong Israel dan kini tiba masanya untuk memboikot syarikat itu.

Grab dalam kenyataan terbaharunya yang di keluarkan di laman media sosial X menyatakan bahawa kenyataan yang dibuat Tong adalah berdasarkan “pandangan yang disuarakan menerusi platform peribadi, serta diambil di luar konteks sebenar.”

Tambah mereka lagi, “Grab kekal teguh dengan pendirian pro kemanusiaan, dan menyokong sebarang usaha ke arah keamanan dan pelaksanaan gencatan senjata. Grab tidak menyokong sebarang bentuk keganasan, dan sebagai ahli United Nations Global Compact (UNGC), mendukung prinsip asas UNGC, yang menghormati perlindungan hak asasi manusia,” katanya.

BERITAAMGrab dikecam dan bakal diboikot kerana pemilik pro Israel

Berkaitan

Terkini

Popular