Naib Presiden China lawat kilang Proton - leklu.my

Naib Presiden China lawat kilang Proton - leklu.my

TANJUNG MALIM — Naib Presiden Republik Rakyat China, Han Zheng melawat kilang PROTON di Tanjong Malim, Perak, hari ini sebagai sebahagian daripada lawatan rasminya ke Malaysia.

Dalam lawatan tersebut, Han telah diberi taklimat mengenai inisiatif dan inovasi strategik yang memacu pertumbuhan dan kejayaan PROTON hasil daripada kerjasama berterusan antara DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) dan Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd. (Geely Holding).

PROTON terus berkembang pesat semenjak terjalinnya kerjasama antara DRB- HICOM dan Geely Holding pada tahun 2017.

Pada Mei 2023, PROTON telah melancarkan model SUV X90 yang merupakan kenderaan pertamanya yang menggunakan enjin hibrid ringan dalam kategori Kenderaan Tenaga Baharu (“NEV”).

Ini menandakan usaha PROTON ke arah menceburi bidang sektor tenaga baharu.

Hadir bersama dalam lawatan tersebut Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong; Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Hanafi Sakri, Pengerusi DRB-HICOM Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Pengerusi Geely Holding Eric Li dan Pengerusi PROTON, Tan Sri Syed Faisal Albar.

BERITAEKONOMINaib Presiden China lawat kilang Proton

Berkaitan

Terkini

Popular