Sambutan hari lahir bertukar tragis: Lelaki ditikam isteri kerana cemburu - leklu.my

Sambutan hari lahir bertukar tragis: Lelaki ditikam isteri kerana cemburu - leklu.my

Sambutan hari jadi menjadi tragis bagi seorang lelaki warga Kemboja berusia 34 tahun apabila isterinya yang cemburu menikam dadanya selepas dia memandang sekilas ke arah wanita lain di sebuah bar di Daerah Bang Lamung, Pattaya. Kejadian berlaku di bilik sewa mereka hari ini, kira-kira jam 2.30 pagi.

Polis, diketuai oleh Kapten Polis Itthikorn Saiyatok dari Balai Polis Bandaraya Pattaya, menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tikaman di bilik berdekatan. Bersama Thanapong Pohti, penguasa balai polis tempatan, dan pasukann penyelamat Sawang Boriboon Thammasathan Pattaya, mereka bergegas ke tempat kejadian untuk menyiasat jenayah itu.

Mereka mendapati Vin Da berlumuran akibat tikaman di dadanya, terbaring di di luar biliknya. Dia juga mengalami kecederaan di pergelangan tangan kirinya. Mangsa segera dikejarkan ke hospital. Pisau dapur berukuran 20 sentimeter, dipercayai senjata yang digunakan dalam serangan itu, ditemui di tempat kejadian dan diambil sebagai bukti, lapor KhaoSod.

Terdapat jelas tanda-tanda pergelutan di dalam bilik dengan perabot berselerak dan kek hari jadi untuk teman wanita Vin, Joy, masih diletakkan di atas meja sisi katil.

Rakan Vin yang berusia 25 tahun, Sola, juga warga Kemboja, memberikan laporan tentang peristiwa sebelumnya. Menurutnya, merek itu telah meraikan hari lahir Joy di sebuah bar. Pasangan itu bertengkar hebat selepas Vin dilihat memandang wanita lain sehingga mencetuskan rasa cemburu. Rakan-rakan telah menggesa pasangan itu untuk pulang dan menyelesaikan pertikaian mereka secara aman. Bagaimanapun, tidak lama selepas sampai ke bilik mereka, satu pertengkaran ganas berlaku.

“Tiba-tiba, kami terdengar mereka bertengkar dengan kuat, dan apabila kami kesana, kami mendapati Vin terbaring bberlumuran darah. Teman wanitanya tiada disitu,” kata Sola.

Itthikorn, yang mengetuai siasatan, sedang berkoordinasi dengan pasukan penyiasat Balai Polis Bandar Pattaya untuk mencari dan menyoal Joy, teman wanita mangsa. Kedua-dua pihak akan disoal siasat. Baca seterusnya

 

BERITADUNIASambutan hari lahir bertukar tragis: Lelaki ditikam isteri kerana cemburu

Berkaitan

Terkini

Popular