MPOA mengalu-alukan kepimpinan baharu di KPK - leklu.my

MPOA mengalu-alukan kepimpinan baharu di KPK - leklu.my

Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) mengalu-alukan pelantikan Datuk Seri Johari Abd Ghani dan Datuk Chan Foong Hin masing-masing sebagai Menteri dan Timbalan Menteri Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) yang baharu.

Persatuan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata kerjasama lebih erat antara kementerian tersebut dan pemegang taruh industri dalam proses pemudah cara akan memastikan pengendalian perniagaan yang boleh dimanfaatkan oleh semua pemegang kepentingan.

“Menyedari kepentingan memupuk dasar pemboleh yang mengutamakan produktiviti kos, akses pasaran dan kemampanan dalam sektor komoditi, MPOA bersedia untuk terlibat secara aktif dan menyokong inisiatif yang sejajar dengan objektif utama ini.

“MPOA mengulangi komitmen kami untuk terus memupuk dan mempertingkat perkongsian yang mantap dengan KPK pada masa depan,” katanya.

MPOA berikrar untuk meneruskan sokongan dan bekerjasamanya dengan kementerian bagi menangani cabaran, memanfaatkan peluang, dan memastikan masa depan yang makmur dan mampan bagi industri minyak sawit Malaysia dan negara.

Persatuan itu turut merakamkan penghargaan kepada Datuk Sri Fadillah Yusof yang menjadi tonggak penting dalam memajukan industri dengan kepimpinan luar biasa dan sokongan tidak berbelah bahagi semasa beliau menjadi Menteri KPK.

BERITAEKONOMIMPOA mengalu-alukan kepimpinan baharu di KPK

Berkaitan

Terkini

Popular